Pilih Pas selesai kos sara hidup, sekarang menteri kata harga naik bukan masalah besar?



Pemimpin Pas seharusnya merujuk apa yang mereka perkata dan janjikan kepada rakyat ketika masih menjadi pembangkang.


Menurut aktivis media sosial KEADILAN, Zainurizzaman Moharam, kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Nik Muhammad Zawawi Salleh baru baru ini kononnya kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada rakyat telah melanggar janji perjuangan parti itu selepas 'hanya 2 tahun' menjadi kerajaan.


"Dia cakap kenaikan harga barang tidak patut jadi masalah besar kepada pengguna. Konon berbanding dengan rakyat dari negara lain, mereka di sana lebih teruk keadaannya daripada kita.


"Saya mewakili rakyat Malaysia nak bagi tahu kepada timbalan menteri ini bahawa harga barang naik adalah masalah besar kepada yang berpendapatan rendah. Awak menteri dapat gaji besar dari hasil cukai rakyat. Cuba awak bergaji RM1200 sebulan?


"Dulu Hj Hadi Awang sendiri cakap pilih Pas untuk selesai masalah kos sara hidup. Nah sekarang timbalan menteri dari Pas pun cakap tak serupa bikin," katanya.


Zainurizzaman mengingatkan Pas jangan jadi 'kacang lupakan kulit'. Tidak pantas Pas meniru perangai Umno yang pandai berjanji waktu pilihan raya tetapi melupakannya, sedangkan Pas baharu setahun jagung duduk di Putrajaya berbanding Umno yang telah 'bermukim' selama 60 tahun.


"Ini lah perangai Pas bila jadi kerajaan. Perangai macam celaka, tak faham kesusahan rakyat. Bila harga minyak masak dari RM29 naik hingga RM50 sebotol sudah tentu jadi bebanan kepada kami.


"Bila jadi kerajaan, cakap tak jadi masalah harga naik. Ketika jadi pembangkang, kempen Buy Malay First lah, kempen jihad ekonomi lah sekarang dah pandai bandingkan negara lain.


"Dulu waktu jadi pembangkang Hj Hadi sebut harga barang naik sebab tidak laksana Islam. Sekarang dah jadi kerajaan yang jadi perdana menteri, yang jadi menteri semua kafir ke? Islam kan," kata Zainurizzaman lagi.


Baru baru ini, Nik Muhammad Zawawi Salleh mengeluarkan kenyataan bahawa kenaikan harga barang tidak sepatutnya diperbesar besarkan oleh rakyat.


Beliau berkata situasi rakyat di negara ini sebenarnya lebih baik berbanding rakyat negara lain yang mengalami inflasi lebih teruk.


Perbandingan itu menerima kecaman hebat daripada warga net yang Nik Zawawi tidak sensitif kepada penderitaan rakyat.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER