top of page

Pilih calon PH-BN kekalkan perpaduan, kestabilan


Oleh: Abdullah Zaid


Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram untuk memilih calon daripada Pakatan Harapan (PH).


Katanya, sekiranya calon yang dibarisi oleh blok MADANI itu gagal mendapat mandat dibimbangi akan memberi ruang kepada pembangkang untuk menganggu gugat kestabilan politik yang dibawa Kerajaan Perpaduan.


Hal ini menurutnya, kerjasama PH- BN pada dasarnya bukan wujud secara suka-suka, tetapi atas kebersamaan untuk mewujudkan kestabilan politik.


"Kita berjaya membentuk kerjasama PH-BN bukan secara suka-suka atas kepentingan sendiri tetapi atas persetujuan yang mahukan kestabilan politik


"Masing-masing meletakkan perbezaan di belakang demi melihat masa hadapan negara yang lebih baik, jadi undi calon PH-BN ialah mengundi masa hadapan, mengundi untuk kestabilan negara.


"Setelah pengorbanan dibuat oleh semua 16 parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, termasuk Sabah dan Sarawak, pengorbanan besar ini tidak boleh disia-siakan kerana ia merupakan satu sejarah penting untuk negara," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program ramah mesra bersama pengundi Simpang Jeram di Taman Seri Jeram bersama-sama calon Pakatan Harapan (PH) kawasan itu Ir Nazri Abdul Rahman.


Justeru, Mujahid menegaskan pengundi gabungan PH-BN menterjemahkan sokongan mereka pada 9 September ini melalui kertas undi.


Jelasnya, dokongan tersebut penting bagi menzahirkan kekuatan yang dibarisi oleh blok Perpaduan jauh lebih utuh berbanding gelombang hijau yang diterajui Pas-Bersatu.


"Sudah tiba masanya pengundi Pulai dan Simpang Jeram untuk menyatakan sokong kepada PH-BN.


"Jadikan PRK (Pilihan Raya Kecil) ini bahawa isyarat Gelombang Perpaduan lebih kuat daripada gelombang hijau," ujarnya lagi.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page