Pikat pengundi Pantai Timur usah putus asa - Nik Nazmi
- Suara Keadilan
- Nov 26, 2023
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Kepimpinan dan jentera KEADILAN diseru untuk tidak putus asa memenangi hati pengundi di Pantai Timur bagi memenangi pilihanraya akan datang.
Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos lalu tidak sewajarnya dijadikan alasan meminggirkan pengundi di negeri Pantai Timur.
"Kita semua kecewa keputusan PRN, namun saya mohon untuk kita fikir jangka panjang memang kita kita belum menang di sana.
"Tetapi jangan ada pimpinan yang berputus asa dan memandang rendah kepada masyarakat di Pantai Timur," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pada suatu ketika, Nazmi berkata, pimpinan juga pernah mempunyai kesukaran yang sama dalam memenangi pengundi di Selangor, Sabah dan Sarawak.
"Tetapi kita dapat tembus dan menang, jadi saya yakin kalau kita kerja keras, InshaAllah kita dapat melakukan perubahan sekiranya ada ikhtizam," ujarnya.
Justeru, Pengerusi Majlis Pimpinan Kelantan dan Terengganu (MPN) itu optimis blok Perpaduan boleh memenangi pengundi Pantai Timur tersebut sekiranya tekad kerajaan dalam menyelesaikan isu banjir dijadikan keutamaan.
"Saya yakin apabila kita dapat memenangi hati pengundi Pantai Timur maka kita boleh memenangi majoriti pengundi Melayu di seluruh negara," ujarnya.
Comentários