Pihak selesa dengan rasuah fitnah PM lakukan balas dendam politik


Agenda melawan rasuah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan pihak yang maha kaya atau puak oligarki kepanasan dan cuba memfitnah usaha tersebut sebagai langkah membalas dendam terhadap musuh politik.
Menurut Setiausaha Politik Kanan PM, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, kelompok yang pernah menjadi kroni puluhan tahun para pemimpin sebelum ini tidak senang kepada usaha bersungguh sungguh PM melawan korupsi dan akan menyukarkan masa hadapan mereka dalam kerangka 'politik lindungan peniagaan'.
"Terdapat pihak yang tidak senang dengan agenda reformasi PM sebab selama ini mereka mengambil manfaat dari kelemahan institusi dan budaya rasuah yang sudah menjadi kebiasaan. Mereka bimbang "gravy train" yang dinikmati selama ini akan berhenti.
"Justeru itu mereka melontar tomahan yang PM menggunakan institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membalas dendam dan menyerang musuh musuh politik.
"Ini merupakan satu ironi sebab kebebasan institusi seperti SPRM merupakan antara tunjang agenda reformasi yang diperjuangkan selama lebih dua dekad," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, tambah Shamsul, kehidupan PM dan keluarga yang bersederhana juga secara tidak langsung memeningkan pengkritik beliau yang tidak dapat mengaitkan peribadi PM dengan kemewahan sebagaimana penyandang jawatan sebelum ini.
Sehubungan itu, katanya, rakyat tidak perlu termakan tohmahan para musuh politik PM. Seharunya mereka maklum bahawa kegawatan negara, kelemahan matawang ringgit dan kejatuhan ekonomi yang berlarutan bukan berlaku sebaik sahaja PM mengangkat sumpah jawatan tetapi daripada masalah korupsi yang berlarutan sekian sekian lama.
"Kita perlu sedar antara sebab kegawatan ekonomi yang dialami sekarang disebabkan rasuah yang berluasa dan agenda anti rasuah yang berkomited adalah perlu untuk menyelamatkan negara dan generasi akan datang dari kecelakaan.
"Oleh itu untuk masa depan anak anak dan negara, kita perlu memastikan pihak yang telah membenarkan rasuah berleluasa atau tersabit dalam rasuah tidak diberi peluang untuk kembali mentadbir," katanya lagi.




Comments