top of page

Pihak lancar boikot KK Mart perlu redakan keadaan, elak insiden kekerasan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 30, 2024
  • 2 min read


Serangan bom petrol ke atas rangkaian kedai serbaneka KK Mart di Kuantan awal pagi tadi tidak akan terjadi sekiranya pihak tertentu tidak terus mengapi apikan insiden penjualan stoking tertera kalimah Allah yang telah reda sejak minggu lalu.


Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak yang sebelum ini menganjurkan untuk memboikot KK Mart perlu bertanggungjawab meredakan kemarahan rakyat yang telah dipacu mereka sehingga menimbulkan tindakan kekerasan yang tidak diingini.


"Kejadian ini menjadi bahaya apabila ada pihak yang mengambil kesempatan meniup sentimen agama, kaum dan kelompok untuk kepentingan tertentu.


"Terbukti kebimbangan kita dalam isu 3R adalah berasas dan munasabah sekalipun dipertikai oleh sesetengah pihak, dan isu stoking ini menunjukkan begitu mudah emosi serta sentimen rakyat dimainkan oleh kalangan yang tidak bertanggungjawab.


"Menggesa dan mendorong orang ramai memboikot sesuatu jenama mungkin bukan satu kesalahan undang-undang tetapi adalah jelas menjadi suatu kesalahan apabila orang ramai bertindak menceroboh atau cuba membakar premis KK Mart.


"Perbuatan ini boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. PDRM akan tetap mengambil tindakan berasaskan undang-undang demi kepentingan orang ramai.


"Saya mengajak mereka yang mendorong pemboikotan ini ikut mengambil tanggungjawab meredakan dan hentikan terus perbuatan membakar sentimen orang ramai," katanya dalam kenyataan petang ini.


Menurut Saifuddin, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu Islam dalam hal bersangkutan kesucian agama perlu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada PDRM untuk menjalankan tugas mengesan, menangkap dan menyiasat individu yang terlibat.


Katanya, biarkan proses undang-undang berjalan demi keamanan, ketenteraman rakyat dan negara.


"Tindakan undang undang sudah diambil ke atas Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart serta pembekal stoking Xin Jian Chang Sdn Bhd. Pembekal dan penjual sudahpun didakwa di mahkamah.


"Siasatan polis mendapati 5 pasang daripada 18,000 pasang stoking yang bertulis (kalimah) Allah. Ini amat mengguris hati umat Islam. Rampasan telah dibuat, jualan juga sudah dihentikan. Pengarah KK Mart sudahpun memohon maaf," katanya.


Menurut Saifuddin lagi, dalam kes pagi tadi polis memandang serius percubaan membakar KK Mart yang mana insiden pertama berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lalu.


Katanya, polis juga akan mengerah seluruh kekuatan untuk mengawal dan mengekalkan ketenteraman awam


Beliau dalam kenyataan itu turut membangkitkan keresahan sesetengah rakyat, apakah pihak tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan ketika rakyat bergembira untuk menyambut Aidilfitri dengan insiden ke atas KK Mart sepanjang bulan Ramadan.


Pagi tadi, KK Mart Sungai Isap, Kuantan mengalami kerosakan akibat dilempar bola api pada kira kira jam 5 pagi. Premis tersebut mengalami kebakaran kecil pada karpet di laluan masuk namun tiada kemalangan jiwa berlaku dalam serangan terbabit.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page