top of page

Pihak ingin sertai KEADILAN perlu bersih, terima dasar parti



Kemasukan ahli dan pemimpin parti lain ke dalam KEADILAN disambut baik namun perlu menerima beberapa perkara.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ahli parti lain terutamanya pembangkang perlu menerima dasar dan perjuangan KEADILAN seikhlas hati sekiranya mereka ingin menyertai gerakan reformasi berkenaan.


"Saya menyambut baik dan mengalu-alukan jika ramai orang termasuk daripada parti lain, sama ada anggota biasa atau pemimpin untuk menyertai KEADILAN dengan syarat minimum iaitu mereka dengan jujur menerima dasar dan cita-cita KEADILAN seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat.


"Munasabah serta bertanggungjawab juga untuk disemak pemimpin-pemimpin besar parti lain yang ingin menyertai sama ada mereka ada rekod jenayah, bankrap, dan rasuah. Seeloknya golongan ini tidak diterima kerana KEADILAN bukannya tong sampah.


"KEADILAN perlu kekalkan imejnya yang bersih sebagai sebuah parti yang ingin membawa perubahan baik atau reform. Elemen-elemen bersifat parasit, dedalu, oportunis atau penyangak, penyakau serta korup perlu ditolak awal-awal," katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Hassan menegaskan, pemimpin KEADILAN perlulah berlapang dada dalam menerima ahli baharu.


Beliau menyeru agar mencontohi perjuangan Nabi Muhammad S.A.W yang menerima pelbagai kabilah bersamanya sewaktu Islam masih lemah mahu pun setelah kuat dan membuka kota Mekah.


"Seruan saya kepada pemimpin KEADILAN dalam soal menerima kemasukan ramai anggota baru terutama dari parti lain atau orang awam biasa, termasuk yang sebelum ini memusuhi Parti Keadilan Rakyat ialah dengan mengambil contoh dalam sirah Nabi Muhamad S.A.W.


"Bagaimana baginda Rasullulah dengan sikap terbuka tetapi cermat dan berhemah telah menerima ramai orang, banyak pihak dan banyak kabilah untuk menyertai perjuangannya sehingga Islam berkembang pesat," katanya.


Bagi Hassan, KEADILAN merupakan parti massa rakyat dan bukannya parti untuk golongan elitis atau menumpukan golongan tertentu. Katanya, sesiapa sahaja boleh menyertai KEADILAN.


Beliau mengulas perkembangan muktahir tentang keghairahan ahli dan pemimpin sebuah parti pembangkang untuk menyertai KEADILAN menjelang pemilihan parti pada tahun hadapan.


Penyertaan kelompok tertentu yang sebelum ini amat memusuhi KEADILAN dianggap berisiko oleh sesetengah pemimpin parti.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page