top of page

Piala PERSIM 2026: Platform gilap bakat sukan pelajar sekolah Tamil Melaka

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Khuzaire menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Melaka
Khuzaire menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Melaka

Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Melaka – Piala PERSIM 2026 dilihat sebagai platform penting dalam mencungkil bakat baharu selain memperkukuh semangat perpaduan dan kesukanan dalam kalangan generasi muda.


Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka, Mohd Khuzaire Mohd Kamal, berkata kejohanan berkenaan yang dianjurkan itu turut memberi ruang kepada atlet muda untuk membina keyakinan, disiplin dan semangat kesukanan.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Melaka – Piala PERSIM 2026, baru baru ini.


"Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.


"Tahniah kepada semua atlet yang telah menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung," katanya dalam hantaran di media sosial.


Khuzaire memberi semangat kepada pasukan bola jaring mencipta kecemerlangan
Khuzaire memberi semangat kepada pasukan bola jaring mencipta kecemerlangan

Menurut beliau, kejayaan yang diraih perlu dijadikan dorongan untuk terus mencipta kecemerlangan, manakala peserta yang belum berjaya disaran menjadikan pengalaman pertandingan sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha.


"Kepada yang berjaya, semoga terus mencipta kecemerlangan. Kepada yang belum berjaya, jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha," katanya.


Mohd Khuzaire yang juga Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah berharap program seumpama itu dapat diteruskan secara berkesinambungan bagi melahirkan lebih ramai bakat dalam bidang sukan.


"Semoga program seperti ini dapat diteruskan dalam usaha mencungkil bakat-bakat baharu serta memperkukuh semangat perpaduan dan kesukanan dalam kalangan generasi muda," katanya.


Penyelaras KEADILAN DUN Rembia itu juga merakamkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Melaka – Piala PERSIM 2026.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page