top of page

Pharmaniaga dapat kontrak KKM, mengapa rugi?



Pengumuman kerugian syarikat Pharmaniaga baru baru ini amat mengejutkan, berikutan firma tersebut memperolehi pelbagai kontrak besar dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membekalkan ubat ubatan.


Menurut Ahmad Nadhir Yob dari Biro komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, kerugian Pharmaniaga itu perlu disiasat rapi untuk mengetahui apakah mempunyai kaitan dengan pemimpin kerajaan terdahulu kerana firma itu dikuasai oleh GLC.


"Syarikat Pharmaniaga yang merupakan subsidiari penuh Boustead Holdings yang merupakan peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia. Pharmaniaga dilaporkan mencatatkan kerugian RM 607.32 juta justeru mencetuskan kriteria PN17 yang berisiko tinggi dinyahsenarai dari Bursa Malaysia.


"Bagaimanakah sebuah syarikat yang menjadi peneraju perbekalan ubatan kepada KKM boleh jatuh dalam kategori PN17?


"Jika kita melihat kepada kontrak pemerolehan vaksin Covid 19, sejumlah besar telah dianugerah kepada Pharmaniaga. Di sini wujud tanda tanya, adakah wujud sebarang penyelewangan terhadap pemerolehan ini justeru mencetuskan kerugian besar kepada Pharmaniaga?.


"Seharusnya dengan kontrak perolehan yang besar ini Pharmaniaga mampu untuk menjana pendapatan bukannya kerugian," kata Nadhir dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, Perikatan Nasional (PN) tidak layak melaungkan pentadbiran mereka di bawah PM Muhyiddin Yassin bersih kerana kerugian Pharmaniaga menunjukkan legasi tadbir urus bobrok pada era PN.


Justeru, Nadhir menyeru satu siasatan menyeluruh diadakan untuk mengetahui punca sebenar dan membawa dalang kepada kerugian tersebut ke muka pengadilan sekiranya ada kes.


"Isu ini harus disiasat segera. Risiko nyahsenarai dari Bursa Malaysia akan memberi persepsi buruk kepada pelabur terhadap GLC milik kerajaan.


"Pihak Perikatan Nasional mesti mengambil tanggungjawab terhadap isu ini. Bukan dengan sikap berterusan menebar fitnah terhadap Kerajaan Perpaduan dan mengapi apikan sentimen perkauman dan agama sebagai modal untuk mengalih isu salahguna kuasa pada ketika pentadbiran mereka," katanya lagi.


Untuk rekod, tahun lalu Pharmaniaga memperolehi kontrak pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk selama selama 10 tahun berakhir 2032.


Selain itu, Pharmaniaga juga adalah pengeluar vaksin isi siap serta pengedar vaksin Covid-19 di Malaysia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page