PH wujud jurucakap bayangi Exco Kerajaan Negeri Johor, Arthur jaga isu pendidikan



Pakatan Harapan Johor bersama Muda telah mewujudkan jurucakap parti bagi membayangi Exco exco Kerajaan Negeri BN.


Menurut Ketua Pembangkang DUN Johor, Liew Chin Tong, jurucakap ini akan mengawasi prestasi Exco dari BN dan mengkritik sebarang langkah yang tidak menguntungkan rakyat.


"Pakatan Harapan dan Muda komited untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan Bangsa Johor tanpa mengambil kira kaum, agama dan latar belakang politik.


"Untuk mempertingkatkan keberkesanan ADUN Johor Pakatan Harapan dan Muda serta memainkan peranan semak dan imbang terhadap Kerajaan Negeri, kesemua 13 orang ADUN telah ditugaskan untuk menjadi jurucakap membayangi portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri Johor.


"Barisan jurucakap ini menunjukkan kesediaan Pakatan Harapan dan Muda dalam menawarkan alternatif yang lebih berkesan dan inklusif kepada Bangsa Johor," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern (gambar, tengah) dari KEADILAN terpilih untuk dilantik sebagai Jurucakap Pendidikan dan akan membayangi tindak tanduk Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norliza Noh (ADUN Johor Lama).


Selain itu, 12 lagi ADUN turun diberi peranan menjadi 'kerajaan bayangan' PH - Muda Johor.


ADUN ADUN yang dibariskan sebagai jurucakap ialah Liew Chin Tong (Ketua Pembangkang merangkap ADUN Perling) sebagai Jurucakap Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi; Datuk Seri Salahuddin Ayub (ADUN Simpang Jeram), Jurucakap Hasil Bumi, Pertanian, Industri Asas Tani, dan Hal Ehwal Agama Islam; Andrew Chen Kah Eng (ADUN Johor Jaya), Jurucakap Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya; Amira Aisya Abd Aziz (Puteri Wangsa), Jurucakap Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Juga Marina Ibrahim (ADUN Skudai) dilantik sebagai Jurucakap Belia dan Sukan; Gan Peck Cheng (ADUN Penggaram), Jurucakap Kesihatan dan Perpaduan; Chew Chong Sin (ADUN Mengkibol), Jurucakap Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna; Ng Yak Howe, (ADUN Bentayan), Jurucakap Kerja Raya dan Pengangkutan; Wong Bor Yang (ADUN Senai), Jurucakap Penerangan dan Komunikasi; Ee Chin Li (ADUN Tangkak), Jurucakap Kemajuan Luar Bandar dan Infrastruktur dan Ng Kor Sim (ADUN Jementah), Jurucakap Pembangunan Usahawan, Koperasi, dan Sumber Manusia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER