top of page

PH-UMNO setuju tiada pertembungan di Pulau Pinang



Rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO Pulau Pinang dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi berlangsung positif.


Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memaklumkan pertemuan rasmi kali pertama antara kedua pihak pada Isnin lalu bersetuju agar mereka tidak bertanding sesama sendiri.

Langkah itu jelasnya bagi memastikan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan boleh mencapai kemenangan besar sekaligus mengekalkan pentadbiran negeri.


"Pertemuan ini bersejarah sebab tak pernah kita berjumpa secara rasmi sebelum ini tetapi dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan setelah PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) maka membuka senario yang baharu dalam politik Malaysia.


"Jadi, kita mencapai satu persetujuan untuk kerjasama dalam PRN di Pulau Pinang yang akan berlangsung tidak lama lagi supaya tidak bertanding sesama sendiri selain akan memastikan kemenangan besar untuk HARAPAN dalam PRN nanti," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa sidang akhbar di Komtar semalam.


Kon Yeow sementara itu berkata, dalam pertemuan tersebut kedua-dua pihak turut menyampaikan pandangan masing-masing.


Keputusan pimpinan pusat kedua-dua gabungan parti itu yang bersetuju supaya semua kerusi penyandang kekal kepada parti yang menang pada PRU14 lalu turut dibangkitkan.


"Kedua-dua pihak setuju tentang prinsip-prinsip ini dan akan meneruskan perbincangan yang seterusnya setelah apa yang dipersetujui dibawa balik kepada gabungan masing-masing untuk perbincangan lanjut.


"Kita menyifatkan pertemuan ini satu kejayaan walaupun belum dapat memuktamadkan soal pembahagian kerusi.


"Kita setuju dengan prinsip-prinsip, setuju untuk mendengar dan sudah mendengar dan melihat sejauh mana permintaan masing-masing dapat akhirnya mencapai persetujuan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page