top of page

PH ubah calon di Padang Serai?

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 24, 2022
1 min read

Updated: Nov 24, 2022



Pilihan Raya Kecil Padang Serai menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mengubah calon pada saat akhir.


Semalam, Timbalan Presiden Amanah Datuk Salahuddin Ayub menamakan peguam Mohamad Sofee Razak sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Serai.


Beliau merupakan setiausaha PH Kedah dan Amanah Kedah.


Bagaimanapun, KEADILAN yang merupakan penyandang kerusi tersebut mengambil keputusan untuk mengubah kepada calon baharu, seorang anak tempatan Shamsul Anuar Abdullah, dan dimaklumkan kepada media pada pukul 1 pagi tadi.


Ketika ditanya mengenai perubahan calon tersebut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil berkata kemungkinan berlaku demikian, ketika dihubungi.


Namun beliau tidak memberikan alasan mengapa pertukaran dibuat, sama ada berkaitan tsunami Melayu atau permintaan pengundi kepada calon anak tempatan sebagaimana yang diperkatakan sejak kekalahan besar PH di Kedah pada 19 November lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page