PH tuntut PM umum sidang khas Parlimen bentang RUU Anti Lompat Parti pada Isnin



Pakatan Harapan (PH) mengulangi pendirian tegas mereka bahawa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen merupakan antara syarat utama di dalam Memorandum Kerjasama (MoU) PH dan Kerajaan Persekutuan.


Menurut Majlis Presiden PH, meskipun gabungan itu memahami keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10 bagi memberi punca kuasa untuk menggubal Akta Anti Lompat Parti, namun pembentangan RUU berkenaan perlu disegerakan dan tidak boleh ditangguhkan sehingga sesi Parlimen Julai.


"Pakatan Harapan akan menyokong Pindaan Perlembagaan pada sidang khas Parlimen 11 April ini.


"Namun, syarat utama ialah draf RUU Anti Lompat Parti perlu disegerakan, dan perkara ini telah ditegaskan Jawatankuasa Pemandu MOU yang telah bermesyuarat semalam.


"Ketua Pembangkang juga telah menyampaikan pendirian PH ini kepada Perdana Menteri semalam," kata kenyataan Majlis Presiden.


Sehubungan itu, PH mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sidang khas Parlimen seterusnya dilakukan pada sidang khas Parlimen Isnin ini.


"Kami menggesa Perdana Menteri untuk menyatakan komitmen bahawa RUU Anti Lompat Parti tersebut akan dibentang untuk diluluskan di Parlimen dalam masa terdekat, manakala tarikh sidang khas kedua ini perlu ditetapkan dan diumum di Parlimen pada 11 April.


"Kami turut menggesa agar Menteri yang bertanggungjawab membentang Pindaan Perlembagaan pada 11 April menyatakan dengan jelas di Parlimen apakah prinsip-prinsip asas RUU Anti Lompat Parti yang bakal dibentang dan diluluskan dalam sidang khas kedua nanti.


"Pakatan Harapan percaya dengan meluluskan Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya dan demokrasi berparlimen akan dapat dipulihkan," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER