Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Pengerusi Bersatu Tun Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan Shafie Apdal menuntut kerajaan Perikatan Nasional melaksanakan sidang Parlimen lebih lama berbanding cadangan sebelum ini hanya sehari, pada 18 Mei depan.
Menurut pemimpin utama PH, Bersatu dan Warisan, keputusan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan membenarkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei 2020, adalah pengiktirafan bahawa wabak Covid-19 semakin terkawal sehingga beberapa aktiviti boleh dijalankan dengan menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Oleh itu, para Ahli Parlimen Pembangkang menuntut agar sidang Dewan Rakyat secara sewajarnya dijalankan untuk sekurang-kurangnya dua minggu bagi membahaskan pakej ransangan menangani wabak Covid 19 dan beberapa undang-undang yang perlu dipinda atau digubal bagi menghadapi 'norma baharu' (new normal) selepas PKP berakhir.
"Memandangkan Parlimen telah memutuskan SOP bagi membolehkan sidang pada 18 Mei dan memandangkan banyak aktiviti
mula dibenarkan maka tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebih daripada sehari seperti yang telah diumumkan.
"Persidangan lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu yang lebih mendalam serta membolehkan Ahli-Ahli Jemaah Menteri
melaksana agenda legislatif kementerian masing-masing.
"Kami menggesa kerajaan melaksana sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan ke sekurang-kurangnya dua minggu," kata mereka dalam satu kenyataan.
PH dalam kenyataan bersama itu diwakili oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohammad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
top of page
PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA
Title | Jumlah Kes | Kematian | Pulih |
---|---|---|---|
Kes Baru | 8,075 | 76 | 15,456 |
Total | 2,285,640 | 26,759 | 2,116,021 |
Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia
PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA
Title | Jumlah Kes | Kematian | Pulih |
---|---|---|---|
Kes Baru | 393,631 | 6,015 | 582,401 |
Total | 236,060,214 | 4,821,346 | 211,396,635 |
Sumber dari WHO (World Health Organization)
bottom of page
Comments