top of page

PH tolak idea menubuhkan kerajaan MAGERAN


Idea penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah majlis eksekutif dianggotai campuran ahli politik dan bukan politik yang memerintah dalam situasi Darurat, sebagaimana dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir semalam, ditolak sebulat suara oleh Pakatan Harapan (PH).


Menurut kenyataan Majlis Presiden PH, MAGERAN yang pernah ditubuhkan menangani huru-hara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 bukanlah solusi kepada penyelesaian menangani wabak Covid 19 ketika ini.


"Majlis Presiden PH mengambil maklum cadangan Tun Dr Mahathir untuk mewujudkan sebuah Majlis Gerakan Negara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara pada waktu ini, terutama berkait Covid 19.


"Walau bagaimanapun, sebagai sebuah sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, PH menolak cadangan MAGERAN ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa Darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang.


"Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu Covid-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian di Parlimen," kata mereka dalam kenyataan berkenaan.


Semalam, Tun Mahathir mengesahkan beliau telah mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan di Istana Negara, untuk menubuhkan kerajaan MAGERAN bagi mengatasi kelemahan Perikatan Nasional membendung wabak Covid.


Bagaimanapun Agong bertitah, MAGERAN hanya boleh diusulkan oleh Perdana Menteri yang berkuasa dan bukannya institusi istana.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page