PH tidak umum calon MB tetapi ramai berpotensi - Syed Ibrahim



Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan tidak mengumumkan calon Menteri Besar (MB) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi meredakan rasa 'meluat' rakyat terhadap ahli politik.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, oleh kerana rakyat Johor menolak 'PRN paksa' maka sekiranya PH menamakan calon MB maka tidak banyak beza naratif politik PH dengan BN dan PN yang berebut kuasa.


"Dalam PH, Muda hal ini (calon MB) tak dibincang.


"Saya rasa itu lebih baik kerana kita setuju PRN ini dipaksa. Kalau kita sebut calon MB sama sahaja dengan mereka. Rakyat dah muak politik, nanti tak keluar mengundi pula.


"Bagi saya kita kena fokus, ini cara yang betul. Bila kita dah menang nanti maka boleh bincang calon MB. Calon berpotensi ramai.


"Adakah itu perkiraan saya waktu pilih calon, ya ada. Tetapi untuk bincang sebagai perkara pokok (calon MB), tidak," katanya dalam temubual bersama Sinar Harian.


Mengenai manifesto pula, Ahli Parlimen Ledang itu mengakui hal itu masih dibincangkan dalam kalangan pimpinan PH.


Namun katanya, beliau lebih teruja jika manifesto dapat dilakukan bersama parti pembangkang lain. Biar pun tidak sama ayatnya tetapi mempunyai konsep yang sama.


"Pandangan peribadi saya, mesti bersama dalam hal ini. Bagi saya mungkin kita tidak boleh duduk bersama sain manifesto itu tetapi kita pada konsepnya sama. Contoh macam tolak kleptokrat, kluster mahkamah. Kita semua juga setuju tawaran bela rakyat.


"Tawaran rumah mampu milik. Semua perkara dasar yang tak ada masalah kita bersama. Ia boleh jadi tawaran bersama sebagai pembangkang yang sedia untuk mengambil alih kerajaan," katanya


Ditanya sama ada pembangkang akan mampu membentuk kerajaan biar pun tidak mempunyai persefahaman sebelum memasuki PRN, Syed Ibrahim berkata, hal itu tidak sukar kerana perbincangan boleh dilakukan sama ada sebelum atau sesudah kerajaan dibentuk bagi menentukan dasar pemerintahan negeri.


"Kalau akan datang (pada 12 Mac) ada kerusi dimenangi oleh Amanah, DAP, Pejuang, Muda maka kita bincang baik baik untuk gabung sebagai kerajaan campuran. Masing masing ada ruang dia.


"Saya nampak ke hadapan perkara itu perlu dirancang dengan baik untuk memimpin negeri Johor," ujarnya .

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER