top of page

PH tidak pertahankan ADUN lompat


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menafikan bahawa majlis Pakatan Harapan (PH) semalam adalah untuk menyambut penyertaan empat ADUN yang lompat parti hingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Melaka.


Beliau sebaliknya menjelaskan, majlis itu hanyalah sebagai pemangkin semangat kepada jentera parti menjelang Pilihan Raya Negeri yang dianjurkan oleh KEADILAN, dengan persetujuan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Ia adalah acara pra-PRN yang dianjurkan oleh KEADILAN Melaka untuk memberi semangat menjelang pilihan raya negeri (PRN).


"Acara-acara seperti itu diatur pada pilihan raya yang lalu agar presiden parti menyampaikan ucaptama dan memberikan panduan kepada akar umbi untuk menghadapi pilihan raya.


“Sudah tentu, Idris dan tiga yang lain diundang untuk menunjukkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada pembangkang," katanya.


Bagaimanapun, Shamsul menegaskan pihaknya tidak mempertahankan mana-mana ADUN yang telah melompat parti.


"Mereka telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan negeri, jika kita tiba-tiba mengabaikan mereka, itu juga tidak wajar.


"Saya faham ada pandangan yang kuat mengenai mereka dari beberapa pemimpin di PH.


“Saya tidak mempertahankan siapa pun, tetapi apa yang saya ingin katakan adalah melihatnya secara objektif. Cuba berlaku adil kepada mereka," katanya.


Keempat-empat ADUN lompat menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket PH pada PRN Melaka, 20 November.


Namun, Shamsul berkata majlis presiden PH yang akan bersidang sebelum hari penamaan calon pada 8 November.


Mesyuarat itu juga akan membincangkan mengenai pengagihan kerusi serta calon Ketua Menteri Melaka.


"Setiap pilihan raya memiliki dinamiknya sendiri. PRN ini akan memutuskan kerajaan negeri untuk lima tahun akan datang.


"Kita mempunyai banyak calon yang bercita-cita tinggi, jadi, saya rasa kita memerlukan waktu untuk meneliti satu demi satu, untuk memilih calon terbaik,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page