top of page

PH tidak pernah bawa naratif Islamophobia



Tuduhan pemimpin Pas - PN kononnya parti komponan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP membawa naratif 'Islamophobia' sama ada dalam kempen pilihan raya baru baru ini atau selepasnya adalah karut.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN Cabang Ampang, Syafiq Zulkifli, tohmahan Presiden Pas Hj Hadi Awang dalam isu berkenaan tidak boleh dibuktikan secara konkrit.


Sebaliknya, kata Syafiq, tohmahan itu hanya mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


"Kami menegaskan bahawa perpaduan dalam negara sebagai sebuah masyarakat majmuk dengan pelbagai kaum dan agama boleh tergugat sekiranya media terus memainkan kenyataan berunsur hasutan oleh mana-mana ahli politik.


"Sifat kebencian yang cuba ditanam oleh ahli politik seperti Hadi memberi impak ketidakharmonian di dalam negara sekaligus membantutkan pertumbuhan ekonomi kerana boleh menjejaskan keyakinan pelabur," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis mengambil tindakan segera membendung unsur unsur yang mencabar kedaulatan undang undang apatah lagi yang boleh memecahkan keamaman.


"Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang mencabar kedaulatan negara ini, agar kita terhindar daripada sebarang unsur derhaka kepada titah Yang Dipertuan Agong bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan.


"Biro kami juga menyaran agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan segala peruntukan perundangan bersama agensi-agensi kerajaan yang sedia ada dalam usaha mematahkan cubaan menggugat ketenteraman awam oleh mana-mana pihak," katanya lagi.


Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar lebih cermat dalam penggunaan saluran media sosial secara positif supaya politik negara jadi lebih matang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page