
Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim yang dijadual pada 29 Ogos ini.
Hal tersebut disahkan oleh Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH baru-baru ini dan memberi ruang kepada Bersatu Berprinsip untuk bertanding.
"PH bersetuju tidak bertanding. Akan memberi ruang kepada Bersatu Tun (Berprinsip) bertanding," katanya dipetik.
Terdahulu, bekas Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya membayangkan paksi Tun Mahathir akan meletakkan calon dalam PRK Slim memandang parti itu bertanding di kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu.
Mengulas soal calon, Saifuddin menegaskan terpulang kepada Bersatu Berprinsip untuk menamakan calon mereka atau mengggunakan sebarang lambang.
"Tidak ada idea. Hanya Tun (Dr Mahathir) boleh jawab," katanya lagi.
Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya dari BN, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Slim diadakan pada 29 Ogos, hari penamaan calon pada 15 Ogos manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.
Комментарии