top of page

PH tidak akan sokong RUU Pindaan Akta Penyakit Berjangkit

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 14, 2021
  • 1 min read


Rang Undang Undang (RUU) Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tidak akan mendapat sokongan Pakatan Harapan (PH).


Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun gabungan itu telah menandatangani memorandum kerjasana bersama Kerajaan Persekutuan namun RUU yang dibentangkan oleh Menteri Kesihatan hari ini melanggar prinsip kepedulian rakyat yang didukung oleh PH sejak sekian lama.


"Hari ini YB Menteri Kesihatan telah membentang Rang Undang-Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 bagi bacaan pertama.


"Dewan Rakyat difahamkan RUU ini bakal dibahas pada hari Khamis ini, iaitu hari terakhir sidang Parlimen bagi tahun ini.


"Setelah memperinci keseluruhan RUU ini, mendengar pandangan Ahli-Ahli Parlimen dan respon rakyat yang sangat gusar dengan jumlah denda dan kompaun yang keterlaluan yang mungkin membuka ruang berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan ‘Antara Dua Darjat’, saya dan saf Pembangkang tidak boleh menyokong RUU ini dalam bentuk yang telah dibentang.


"Saya telah menyatakan pendirian ini kepada YAB Perdana Menteri," kata Anwar daam kenyataannya petang ini.


Dengan keengganan PH menyokong RUU berkenaan, PM Ismail Sabri Yaakob perlu memastikan BN mendapat sokongan yang cukup para sekutunya untuk meluluskan RUU itu pada peringkat bacaan pertama dan seterusnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page