PH tidak ada banyak masa, buka semua pintu rundingan- Hassan Karim



Pasca Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam, parti parti pembangkang sudah boleh menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 pasti akan diadakan dalam beberapa bulan daripada sekarang.


Dua indikator yang diambil kira adalah ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau tidak akan berlengah untuk membubar Parlimen sekiranya BN ada peluang menang, dan ucapan penggulungan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan yang menyentuh perlunya dihormati perjanjian memorandum kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang bakal tamat pada Julai 2022.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, masa yang dimiliki oleh pembangkang, khususnya PH bagi mempersiap diri ke arah PRU sangat singkat sekitar 3 hingga 4 bulan, manakala pemilihan strategi yang paling tepat akan menentukan PH mampu bertahan atau menerima nasib malang sebagaimana dalam 3 siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.


Oleh itu, Hassan mencadangkan agar PH membuka seluas luasnya pintu rundingan bersama parti parti yang berminat untuk berjuang menumbangkan BN.


"Janganlah tutup kemungkinan kerjasama. Jika parti pembangkang berpecah lagi, PH akan kalah, semuanya (termasuk PN) akan kalah. Yang akan menang mudah ialah BN.


"PRU mungkin diadakan selepas Hari Raya Puasa atau seawal bulan Jun.


"Tak banyak masa yang ada untuk PH mengolah kembali kerjasama dengan parti parti pembangkang untuk mewujudkan united front atau front bersatu pembangkang bagi menewaskan BN," katanya ketika dihubungi.


Mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu juga berkata, PH seharusnya memulakan siri rundingan pakatan pilihan raya (electoral pact) mulai sekarang.


Beliau mencadangkan agar PH bermula dengan MUDA sebagai sekutu dan mungkin boleh dilanjutkan kepada PN.


"Saya nasihatkan PH kuatkan perpaduannya. Kedua, PH adakan perbincangan dengan PN dan MUDA. PH sebagai gabungan teras kepada blok pembangkang, adakan persefahaman strategik dengan MUDA.


"Utamakan diplomasi bukan konfrontasi. Kurangkan prejudis. PH cukup dengan empat parti saja, KEADILAN, DAP, Amanah dan UPKO.


"Yang lain-lain tak perlu jadi anggota PH, tetapi jadi rakan strategik untuk kalahkan BN. Pintu rundingan boleh diteruskan dengan Warisan dan lain lain," kata Hassan lagi.


Menurut beliau, biar pun idea kerjasama bersama PN dilihat menyongsang arus namun berdasarkan keputusan PRN Johor dan PH di kedudukan ketiga maka strategi seperti itu bukanlah mustahil.


Katanya, rumus kerjasama bersama PN boleh dilihat di 25 kerusi DUN daripada 56 kerusi, yang mana jika jumlah undi PH dicampurkan dengan undi PN maka BN boleh ditewaskan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER