top of page

Malaysia negara pertama anjur Majlis Khatam Sama’ Hadis, himpun 40 ulama

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
49 minutes ago
2 min read
Majlis Khatam Sama’ Hadis Jami’ at-Tirmidhi dan Al-Syama’il Al-Muhammadiyyah di peringkat antarabangsa mengumpulkan 40 ulama dalam dan luar negara dianjurkan di Putrajaya baru baru ini
Majlis Khatam Sama’ Hadis Jami’ at-Tirmidhi dan Al-Syama’il Al-Muhammadiyyah di peringkat antarabangsa mengumpulkan 40 ulama dalam dan luar negara dianjurkan di Putrajaya baru baru ini

Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kerajaan pertama menganjurkan Majlis Khatam Sama’ Hadis Jami’ at-Tirmidhi dan Al-Syama’il Al-Muhammadiyyah di peringkat antarabangsa, sekali gus mendapat pengiktirafan lebih 40 ulama antarabangsa yang menyertai program berkenaan di Masjid Putra, Putrajaya.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


"Menteri Agama (Senator Dr Zulkifli Hasan) telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa majlis seumpama ini merupakan majlis yang pertama yang dianjurkan oleh sebuah kerajaan di mana para ulama yang hadir telah mengakui inilah kerajaan pertama yang bersedia untuk mengadakan majlis seumpama ini.


"Kita sudah biasa dengan khatam al-Quran dan hafazan, tapi untuk majlis Sama’ Hadis ini, ia adalah usaha pertama oleh sebuah kerajaan yang telah diiktiraf oleh para ulama yang hadir.


"Lebih 40 ulama antarabangsa telah turut serta dalam majlis tersebut dan ini merupakan satu kebanggaan untuk negara kita," katanya.


Pada 23 November lalu, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Ijazah Sanad Hadis Khas sebagai penghormatan ilmiah ulama antarabangsa terhadap sokongan beliau dalam perkembangan pengajian hadis bersanad di Malaysia.


Pengiktirafan itu disampaikan oleh barisan ulama dan masyayikh musnidin antarabangsa yang diketuai Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad.


Ijazah itu disampaikan sempena Majlis Khatam Sama'hadis Jami' Al Tharmidhi dan Al-Syama'il Al Muhammadiyyah Peringkat Antarabangsa 2026, di Masjid Putra, Putrajaya.


Anugerah yang diterima oleh PM Anwar yang juga Presiden KEADILAN bukan sekadar penghargaan kepada beliau sebagai individu, sebaliknya melambangkan usaha bersama ulama, ilmuwan, institusi agama, guru hadis dan penuntut ilmu dalam memartabatkan pengajian hadis di negara ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page