top of page

PH tentang idea Ismail Sabri perkenal semula GST



Kerajaan BN - PN digesa mencari idea lain bagi menambah pendapatan negara selain melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Hal itu ditekankan dalam kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Kenyataan itu menolak keras idea pentadbiran BN - PN bagi menghadapi kemerosotan pendapatan negara pasca pandemik Covid 19 dengan memperkenalkan cukai regresif.


"Majlis Presiden PH tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksana semula sistem percukaian GST. Dalam keadaan inflasi yang semakin tinggi, rakyat sangat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup serta pendapatan isi rumah yang berkurangan akibat pandemik Covid-19.


"Pengenalan semula GST bakal mengakibatkan harga barang meningkat dengan mendadak. Jika ditambah dengan masalah rantaian bekalan serta gaji yang tidak meningkat, rakyat akan menerima tekanan yang amat dahsyat," kata kenyataan itu.


Menurut mereka lagi, hasil kerajaan tidak mencukupi bukan kerana Malaysia sebuah negara miskin tetapi akibat korupsi.


Maka kata PH, strategi pembenterasan korupsi yang lebih tegas perlu dilaksanakan bukan melaksanakan cukai baharu yang membebankan rakyat.


"Pada ketika persepsi tatakelola serta urustadbir Kerajaan belum pulih akibat skandal 1MDB, tatkala Malaysia berada di kedudukan ke-62 dalam indeks persepsi rasuah Transparency International serta kedudukan ke-2 dalam indeks kapitalisme kroni (crony-capitalism index) The Economist, adalah tidak munasabah Kerajaan bercadang untuk mengutip lebih banyak cukai dari rakyat tanpa membuktikan dahulu reformasi dan penambahbaikan urustadbir Kerajaan telah berjaya dilaksana.


"Tiada guna mengutip lebih banyak cukai jika akhirnya nanti duit rakyat dibazirkan akibat rasuah, ketirisan dan kronisme," katanya.


Selain itu, Majlis Presiden juga mengingatkan bahawa cukai GST telah pun ditolak melalui referendum rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu yang menyebabkan BN kalah buat pertama kali dalam tempoh 61 tahun.


"Perdana Menteri juga perlu diingatkan bahawa majoriti rakyat Malaysia telah menolak GST dalam pilihan raya yang lalu.


"Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan cadangan memperkenal semula cukai itu selagi pelbagai isu ini (ketidaktelusan pemerintahan) terus membelenggu rakyat," kata mereka lagi.


Cukai GST adalah cadangan PM Ismail untuk menghadapi keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dan dijangka bertambah buruk pada tahun hadapan apabila meningkatnya krisis makanan global dan peperangan di Eropah berkemungkinan menyebabkan kemelesetan besar ekonomi dunia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page