top of page

PH Tambun akan anjur konvensyen, pelancaran jentera pilihan raya

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 18, 2022
  • 1 min read


Jawatankuasa Pakatan Harapan (PH) Parlimen Tambun mengadakan mesyuarat kelmarin bagi membincang situasi politik semasa dan kemungkinan pilihan raya umum dalam beberapa bulan akan datang.


Menurut Setiausaha Sekretariat PH Tambun, Norheizan Sofea Mustafa, jawatankuasa itu juga telah membincangkan mengenai penganjuran konvensyen PH yang boleh memperkukuhkan ikatan gabungan di kawasan tersebut.


"Mesyuarat telah membincangkan pelbagai perkara, antaranya, kebajikan penduduk dalam Parlimen Tambun, aktiviti mendekati anak muda dan juga memperkukuhkan jentera PH Tambun sebagai persediaan PRU 15 .


"Sehubungan itu, mesyuarat memutuskan Konvensyen PH Parlimen Tambun dan serentak dengan itu pelancaran jentera pilihan raya peringkat Parlimen Tambun akan diadakan pada bulan Mei 2022," katanya.


Mesyuarat berkenaan berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat ADUN Hulu Kinta dan telah dipengerusikan oleh ADUN Muhamad Arafat selaku Pengerusi bersama Sekretariat PH Parlimen Tambun.


Turut serta ialah Ketua Pembangkang DUN Perak, Dr Aziz Bari, Dr Fakhruldin Mohd Hashim, Ketua Pemuda Pakatan Harapan Ashraf Kahasani serta Ahli Jawatankuasa Sekretariat PH Parlimen Tambun yang diwakili 5 pemimpin setiap parti .

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page