'PH tadbir Selangor 3 penggal, pastikan negeri lain bersama kita'



Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail menyeru agar wanita Selangor memainkan peranan lebih agreasif dalam memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) ke 15


Katanya, meskipun Selangor telah ditadbir PH selama 3 penggal namun wanita juga perlu berusaha untuk rakan-rakan di negeri lain, agar ditadbir oleh PH selepas PRU akan datang.


"Selangor mantap 3 penggal kita jadi kerajaan.Selain kita rasa bertuah ada juga cabaran yang kita hadapi. Kita kongsi benda seronok tetapi benda tidak seronok juga banyak. Cabaran pentadbiran, cabaran dalam diri dan sebagainya.


"Bagaimanapun kita ambil cabaran sebagai penguat semangat. Kita ingin jadikan kawan-kawan kita sebaik kita di Selangor. Tolak semua benda remeh temeh. Tiga penggal Selangor kita berkuasa takkan kita nak biarkan kawan-kawan kita di negeri lain.


"Kita nak menang sekali lagi di Putrajaya. Kita jangan main-main, kuasa yang diberi adalah satu amanah dan perlu berjalan dengan baik," katanya dalam program Lawatan Kerja Ketua Wanita KEADILAN yang melibatkan Wanita Selangor dan Wilayah Persekutuan, malam tadi.


Menurut beliau lagi, sejak 7 bulan menjadi Ketua Wanita Selangor, misi beliau untuk mengatasi kelemahan wanita KEADILAN Selangor yang mempunyai 22 Cabang hampir berjaya.


Bagaimanapun, menurut beliau, Wanita perlu memastikan kuasa dan jawatan tidak menyilaukan mata dan kekal dengan prinsip dalam melaksanakan kerja kemasyarakatan.


"Saya nasihatkan jangan berani untuk pecahbelahkan wanita Selangor.


"Saya tak suka kita masih ditakuk lama. Bergerak, ke depan, jangan lagi kita bangkitkan benda-benda tidak menambah nilai.


"Saya lihat ucapan wanita Umno di Perhimpunan Agung Umno dan mereka mula bercakap politik berasaskan nilai (dasar KEADILAN). Kalau mereka dah sedar tetapi kita pula lupa diri, takut jadi terbalik nanti," katanya lagi


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER