PH sokong kebebasan badan kehakiman sesuai MoU bersama



Pakatan Harapan (PH) menegaskan badan kehakiman sewajarnya kekal bebas daripada sebarang campurtangan pihak Eksekutif.


Dalam kenyataan hari ini, Majlis Presiden PH amat prihatin dengan kenyataan Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa “apa yang berlaku dalam beberapa hari ini yang membabitkan tohmahan terhadap hakim dan Badan Kehakiman agak keterlaluan”.


Sehubungan itu, Majlis Presiden mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar memastikan badan kehakiman kekal dalam doktrin pengasingan kuasa dan sesuai dengan salah satu isi kandungan memorandum kerjasama Kerajaan - PH yang ditandatangani September tahun lalu.


"Majlis Presiden mengingatkan Perkara 4.1 di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan PH menyatakan dengan jelas bahawa Kerajaan perlu “memastikan terlaksana sepanjang masa kebebasan badan kehakiman”. Maka PH mendukung dan mempertahan sepenuhnya kebebasan Badan Kehakiman.


"Oleh itu, kami menggesa agar Kerajaan Persekutuan memastikan MoU ini terus terlaksana dengan menjamin agensi-agensi penguatkuasaan tidak melanggar Perlembagaan serta sentiasa menghormati prinsip kebebasan Badan Kehakiman," kata kenyataan itu.


Tambah Majlis Presiden, institusi kehakiman yang bebas akan meningkatkan kepercayaan rakyat kepada integriti para hakim dan keluhuran undang undang.


"Amatlah jelas, Badan Kehakiman yang bebas merupakan tunjang kepada negara hukum dan sistem demokrasi yang diterima, dipercayai serta diyakini rakyat," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER