top of page

PH Simpang Renggam beri nanas ganti limau sempena Tahun Baharu Cina

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 12, 2021
  • 1 min read


Pakatan Harapan Simpang Renggam memberi angpau bersama nanas, menggantikan limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina kali ini.


Menurut PH Simpang Renggam, nanas dalam budaya masyarakat Cina melambangkan tuah dan murah rezeki.


"Selain buah nenas, angpau turut diberikan sama terutamanya kepada warga emas yang kurang berkemampuan untuk menyambut perayaan setahun sekali ini," tulis kenyataan di Facebook PH Simpang Renggam.


Menurut kenyatan itu, Wong Yun Chin selaku Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam telah pun menyantuni sama di Pekan Layang-Layang bersama - sama staf Parlimen Simpang Renggam.


Turut bersama Pengerusi PH Simpang Renggam Hj. Khairudin, Puan Mei Lan (Mantan Ketua Masyarakat DAP Renggam) dan wakil dari Pejabat Parlimen Simpang Renggam, Hj.Sarif Mohyin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page