top of page

'PH sibuk tolong rakyat, BN sibuk nak buat pilihan raya'



Rakyat boleh menilai kerajaan yang lebih baik untuk mereka pilih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, dalam keadaan ekonomi merosot dan harga barang mahal kerajaan Pakatan Harapan Selangor lebih berminat untuk membantu kehidupan rakyat dengan menjual barang keperluan harian berharga subsidi.


Malangnya, kata beliau, BN pula sibuk untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya.


"Tahun hadapan dijangka keadaan ekonomi tidak menjanjikan. Kedudukan ekonomi Malaysia tertingal dari persaing serantau.


"Vietnam dulu bukan pesaing kita, Filipina yang ada masalah kepimpinan dulu itu pun masih jauh tinggalkan kita. Kita hanya setanding dengan Thailand, Myanmar.


"Ini fakta yang tidak boleh ditolak dan perlu selesaikan masalah ini. Sebab itu di bawah PH kita yakin, kita harus siap siaga sebab orang ini dalam otak fikirankan kedudukan, bagi mereka kebenaran ialah rampas dan dapatkan kuasa dengan rasuah dan penyelewengan.


"Kita siap siaga dengan semua keadaan walau kita beri amaran tolong jangan buat PRU, ekonomi kita perlu pulihkan.


"Kerajaan fikirkanlah macam mana nak turun harga barang," katanya dalam ucapan majlis makan malam mengumpul dana pilihan raya KEADILAN Cabang Selayang semalam.


Menurut MB lagi, Kerajaan Persekutuan tidak terlihat mahu membantu rakyat apabila jualan barang subsidi Keluarga Malaysia yang mereka anjurkan pun peruntukannya ala kadar berbanding yang dilakukan kerajaan Selangor.


"Selangor sebagai contoh kita lancarkan program jelajah ehsan.


"Kerajaan Negeri keluarkan RM17 juta dan pergi ke seluruh negeri.


"Subsidi rakyat nikmati. Sepapan telur harga RM12 boleh dapat lebih murah dalam program jelajah ehsan. Minyak masak harga RM36 boleh beli dengan harga lebih murah


"Kerajaan pusat umum di bawah mereka juga ada jualan Keluarga Malaysia.


"Tetapi Kerajaan Persekutuan keluar RM18 juta untuk 32 juta rakyat, kita keluar RM17 juta untuk 7 juta rakyat Selangor," katanya.


Justeru itu, Amirudin menyeru agar rakyat sekali lagi membuat perubahan dalam PRU 15 untuk memastikan kerjaan PH menerajui Putrajaya.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page