PH Selangor syor bincang hala tuju nyahwarta hutan simpan dalam mesyuarat Exco Rabu ini



Mesyuarat pengerusi-pengerusi komponen Pakatan Harapan (PH) Selangor hari ini memutuskan agar Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membincang dan memutuskan hala tuju penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang akan diadakan pada Rabu, 8 September 2021.


"Pengerusi parti-parti komponen PH Selangor telah bertemu pagi ini bagi membincangkan isu berkaitan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.


"Semua pihak telah menyatakan pandangan dan keprihatinan masing-masing serta bersetuju supaya Menteri Besar membawa isu ini dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dipertimbangkan halatuju dan keputusan dalam isu tersebut," kata kenyataan pimpinan negeri PH Selangor.


Selain itu, mesyuarat pengerusi komponen PH Selangor itu juga membincangkan mengenai bantahan penduduk terhadap projek Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) yang masih dalam pertimbangan Kerajaan Negeri.


"Pada masa yang sama, bantahan terhadap cadangan pembinaan PJD Link turut diberi perhatian dan dibincangkan dengan panjang lebar.

"PH Selangor ambil maklum PJD Link belum diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Mesyuarat juga turut bersetuju menolak sebarang usaha untuk menghidupkan semula projek lebuhraya KIDEX atau seumpama dengannya.


"Pengerusi-pengerusi parti komponen PH Selangor komited dalam menjunjung prinsip-prinsip asas PH berkaitan alam sekitar dan agenda kepedulian rakyat sebagai pedoman dan panduan dalam setiap perancangan pembangunan negeri," kata kenyataan itu lagi.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Pengerusi KEADILAN Selangor merangkap Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo dan Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER