top of page

PH Selangor sepakat sokong Amirudin sebagai calon MB



Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Selangor secara konsensus menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar.


Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim berkata, perkara itu turut dimaklumkan kepada Istana walaupun pihaknya menghantar tiga nama calon Menteri Besar.


"Tiga nama (calon menteri besar) itu telah dihantar tetapi satu nama (Amirudin) yang kita setujui (secara bersama) kerana istana minta tiga nama, kita kena beri tiga nama.


"Kita sebut secara konsensusnya kita menyokong Amirudin sebagai Menteri Besar, kita sebut begitu dalam surat (kepada pihak istana)," katanya dipetik.


Difahamkan, majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor mungkin tidak berlangsung sehingga Jumaat.


Ia susulan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj baharu pulang ke tanah air dari London dan masih dalam fasa pemulihan susulan pembedahan yang dijalankan.


Pada penggal lalu, pihak istana turut meminta lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan Sultan Selangor.


Sementara itu Izham menafikan dakwaan mengatakan ada pemimpin KEADILAN Selangor terlibat dalam perbincangan berhubung calon Menteri Besar selepas berakhir pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai dua lagi calon selain Amirudin yang dihantar kepada pihak Istana Negeri Selangor, Izham bagaimanapun enggan mendedahkan nama calon terbabit.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page