top of page

PH Selangor diperkukuh, persiap jentera pilihan raya




Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor akan diperkukuhkan dari segenap sudut menghadapi pelbagai kemungkinan senario politik negara.


Hal itu ditegaskan dalam mesyuarat PH Selangor yang dipengerusikan oleh Datuk Menteri Besar (MB) Selangor Amirudin Shari selaku Pengerusi PH Negeri di Kediaman Rasmi MB Selangor, semalam.


Menurut Setiausaha PH Negeri Selangor yang juga Setiausaha Politik MB, Borhan Aman Shah, mesyuarat yang diwakili komponen PH terdiri daripada KEADILAN, DAP dan Amanah turut membincangkan kemungkinan pilihan raya umum (PRU) diadakan pada bila-bila masa.


"PH Negeri Selangor akan diperkukuhkan dan dimantapkan di semua peringkat; Parlimen, Kawasan dan Cabang merangkumi ketiga-tiga komponen bagi memastikan mandat rakyat pada PRU 14 terus dijulang dan dilaksanakan.


"PH Selangor juga akan memperkemaskan jentera pilihan raya di semua peringkat dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku," katanya dalam satu kenyataan.


Mesyuarat juga, kata Borhan, melakukan sedikit rombakan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PH Selangor dengan melantik Azli Yusof dari Amanah sebagai Ketua Penerangan PH Negeri yang baharu.


Semua AJK PH Negeri sedia ada, katanya, masih kekal iaitu tiga orang Timbalan Pengerusi Ir Izham Hashim (Amanah), Hee Loy Sian (KEADILAN) dan Gobind Singh Deo (DAP)


Manakala Borhan Aman Shah (KEADILAN) Setiausaha, Ar. Kamarul Hisham Yeop Hashim (Amanah) Penolong Setiausaha, Ng Sze Han (DAP) Bendahari dan Yahya Saari (KEADILAN) Pengarah Pilihan Raya.


Dua AJK baru adalah Hamidi A. Hasan (KEADILAN) dan Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Amanah).


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page