top of page

PH Selangor akan adakan rundingan kerusi dengan Umno




Pakatan Harapan (PH) Selangor dijangka akan mengadakan rundingan bersama Umno dalam tempoh segera.


Menurut Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim, PH negeri telah membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi memulakan rundingan tentang pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka pada bulan Jun ini.


"Secara tidak rasmi kita telah bertemu. Nampak positif dan mereka pun memberi maklum balas yang baik untuk mengadakan pertemuan.


"Dalam masa terdekat kita akan mengadakan pertemuan (rasmi bersama Umno) dengan 3 wakil, termasuk saya sendiri, pengerusi KEADILAN dan DAP.


"Kita akan bertemu dulu dengan 3 pimpinan dia. Selepas itu diikuti jawatankuasa teknikal untuk rundingan kerusi," katanya dalam sidang media program Jelajah Ehsan Rakyat, di Ampang pagi tadi.


Katanya pertemuan itu seharusnya memutuskan kriteria untuk pembahagian kerusi.


Menurut Izham lagi, PH dan Umno perlu bersetuju berkenaan cara menentukan kesesuaian calon yang bertanding di sesebuah kawasan.


"Kita nak gariskan kriteria pembahagian kerusi. Sebagai contoh, yang mana menang pertahankan, yang kalah kita bincang. Itu salah satu cara. Juga melihat berdasarkan prestasi PRU 15 lalu.


"Kita akan lihat kaedah yang paling adil dan diterima oleh semua parti," katanya lagi.


Beliau mengharapkan pembahagian kerusi di Selangor akan selesai sebelum Ramadan untuk memudahkan kerja kerja seterusnya termasuk kempen pilihanraya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page