top of page

PH sedia hadapi PRU waktu banjir tetapi rakyat menderita - Chean Chung



Kenyataan pemimpin BN bahawa pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) tidak bersedia untuk bertarung dalam pilihan raya di musim banjir tidak tepat sama sekali.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung, KEADILAN dan PH telah bersedia untuk menghadapi PRU ke 15 biar pun meredah banjir dengan jentera yang telah dipersiapkan.


Cuma, katanya, rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan perebutan kuasa akan merana apabila pihak berkuasa terbahagi dua antara tugas menyelamat mangsa banjir dan menjaga pemimpin BN - PN yang turun berkempen.


"Presiden Umno BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba mempolitikkan isu ini dengan mengatakan KEADILAN - PH takut berhadapan dengan pilihan raya. Saya ingin menegaskan KEADILAN telahpun bersiap saga. 80% struktur jentera KEADILAN telah dilengkapkan, dan jumlah sukarelawan berdaftar mencecah 14,000 orang.


"KEADILAN pernah menang lebih 50 kerusi dalam PRU namun juga pernah mengekalkan satu kerusi sahaja. Rekod ini menunjukkan KEADILAN tidak pernah berganjak untuk berlawan demi kepentingan majoriti rakyat.


"Yang harus takut adalah mereka yang membankrupkan konsep #KeluargaMalaysia, merisikokan negara dan menggadaikan nyawa rakyat demi kelangsungan politik mereka. Ini bukan keluarga Malaysia, tapi komplot politikus namanya," kata Chean Chung dalam kenyatan hari ini.


Menurut ADUN Semambu itu, beliau amat tidak berpuas hati dengan pengumuman mesyuarat pemimpin tertinggi Umno malam tadi yang memutuskan untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini biar apa pun yang terjadi.


Katanya, pemimpin Umno perlu mengambil serius amaran Jabatan Meteorologi bahawa banjir akan melanda seawal bulan November. Pengalaman banjir badang yang melanda Selangor dan Pahang hujung tahun lalu perlu dijadikan iktibar.


"Jutaan keluarga akan terjejas dengan kerugian mencecah berbilion ringgit (dalam banjir besar), puluhan ribu rakyat terpaksa pindah, malah lebih 50 nyawa telah diragut tahun lepas.


"Mengadakan PRU sewaktu banjir juga akan meningkatkan kos sebanyak RM100 juta. Ini bersamaan dengan peruntukan tambahan untuk menyelesaikan isu 3,000 doktor kontrak perubatan.


"Sikap Umno BN sebegini memadai untuk kita sedar sejauh manakah nilai nyawa dan harta kita di mata politikus ini," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page