top of page

PH sedia bawa model penjagaan kesihatan 'Iltizam Selangor' ke Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

Pakatan Harapan komited melaksana transformasi kesihatan dengan menawarkan penjagaan kesihatan primer secara percuma di Johor sekiranya diberi mandat mentadbir negeri itu.


Dr Sathia Prakash Nadarajan (gambar) berkata, Selangor berjaya melaksana program Iltizam Selangor yang membantu rakyat mendapatkan rawatan kesihatan tanpa dibebani kos yang tinggi dan ia inisiatif seperti itu boleh dikembangkan ke negeri Johor.


"Akses kepada penjagaan kesihatan primer yang cepat amat penting bagi memastikan penyakit dapat dikesan lebih awal sebelum menjadi lebih serius.


"Di Johor, kita mahu penduduk mendapat rawatan secepat mungkin. Masalah sekarang ialah rakyat takut mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana kos yang mahal, manakala di Klinik Kesihatan pula mereka perlu menunggu terlalu lama," kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Selangor itu dipetik laporan media.


Terdahulu, beliau ditemui pada program pemeriksaan kesihatan percuma di DUN Puteri Wangsa.


Sementara itu, sebagai mengulas kemampuan Johor untuk melaksana inisiatif tersebut, Dr Sathia menyifatkan negeri itu mempunyai asas ekonomi yang kukuh.


Beliau yang juga pengamal perubatan turut berpandangan inisiatif penjagaan kesihataan primer secara percuma itu dapat membantu menangani masalah kesesakan di fasiliti kesihatan awam.


"Pemeriksaan awal mudah seperti elektrokardiogram (ECG) yang menelan kos kurang daripada RM50 mampu membantu mengesan penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi lebih awal.


"Jika penjagaan primer dapat dijalankan dengan cepat, kita boleh mengurangkan beban terhadap sistem penjagaan kesihatan sekunder dan tertiari," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page