top of page

PH Sabah nafi beri sokongan tubuh kerajaan baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 7, 2023
  • 1 min read


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sabah menafikan mereka memberikan sebarang sokongan kepada mana mana pihak untuk menubuhkan Kerajaan Negeri baharu.


Menurut kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Sabah, laporan yang memetik bahawa gabungan itu seolah olah memberi sokongan kepada pihak tertentu untuk membentuk kerajaan baharu adalah tidak tepat.


"Kami menzahirkan perasaan kesal ke atas laporan berita The Star dengan tajuk "Pakatan's last-minute U-turn derailed move to oust Hajiji, say sources" .


"Sumber berikut telah membuat dakwaan yang tidak benar dan menyiarkan kandungan berbaur fitnah dengan tujuan memburukkan nama Pakatan Harapan Sabah," kata kenyataan berkenaan.

Tidak benar PH Sabah sokong bentuk kerajaan baharu

Kata ADUN ADUN itu lagi, PH Sabah kekal dengan kenyataan sebelumnya yang tidak menyokong penubuhan kerajaan baharu, sebaliknya mahukan politik Sabah stabil.


"Kami ingin memaklumkan bahawa Pakatan Harapan Sabah tidak pernah setuju ataupun memberi sokongan kepada mana-mana pihak bagi menjalankan gerakan (move) untuk menubuh sebuah kerajaan baharu melalui pintu belakang.


"PH Sabah mengambil pendirian untuk mengutamakan kestabilan politik, ekonomi dan kebajikan rakyat Sabah, bukan jawatan dan kuasa," kata mereka.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh ADUN Api-Api, Datuk Christina Liew; ADUN Tanjung Papat, Datuk Poon Fung Ming; ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick; ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe, ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang; ADUN Likas, Tan Lee Fatt dan ADUN Inanam Peto Galim.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page