PH Sabah: Kerjasama dengan BN perkasa kestabilan politik
- Suara Keadilan
- May 9
- 1 min read

Kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri pada hujung tahun ini disambut baik oleh PH Sabah.
Menerusi kenyataan bersama, pengerusi parti parti komponen PH Sabah berkata, kerjasama tersebut bakal memperkasakan kestabilan politik di negeri itu yang amat diperlukan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan.
"Pakatan Harapan dan Barisan Nasional merupakan gabungan tunjang kepada Kerajaan Persekutuan hari ini bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta beberapa parti yang lain.
"Ianya rasional untuk kedua-dua gabungan ini bekerjasama dalam pilihanraya termasuk terbuka untuk perbincangan dengan parti-parti lain yang mendukung perpaduan dan kerjasama dalam membangunkan Persekutuan Malaysia.
"PH Sabah yakin kestabilan politik di Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah serta hubungan Persekutuan-Negeri yang harmoni dan baik perlu dikekalkan dan diperkasakan bagi memastikan aspirasi penubuhan Persekutuan Malaysia dan masa
depan rakyat Sabah dapat dijayakan," kata kenyataan itu.
Selain itu, PH Sabah juga menyatakan keterbukaan mereka untuk bekerjasama dengan mana mana parti lain yang sejalan dengan perjuangan gabungan berkenaan.
"PH Sabah terbuka untuk memupuk perpaduan dan kerjasama dengan parti-parti lain dan berpandangan kerjasama parti politik ini haruslah berpandukan kepada membangunkan polisi-polisi yang berorientasikan kepentingan rakyat dan masa depan Sabah," kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud (gambar); Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, Pengerusi AMANAH Sabah, Lahirul Latigu dan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick.
Comments