top of page

PH sabah cadang ditubuhkan Kerajaan Perpaduan



Pergolakan politik Sabah boleh diselesaikan secara lunak sekiranya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan mencontohi konsep sama di peringkat Persekutuan.


Hal itu diutarakan oleh Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam kenyataan hari ini bagi menyelesaikan krisis politik ekoran Umno-BN menarik sokongan ke atas pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor semalam.


Menurut kenyataan itu lagi, ADUN ADUN PH Sabah tetap menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri dan menolak percubaan menubuhkan kerajaan pintu belakang.


"Susulan sokongan ini, kami bersetuju bahawa satu Kerajaan Perpaduan Sabah boleh dibentuk seperti amalan di peringkat Persekutuan.


"Kami berdoa agar kemelut politik akan berakhir dalam masa terdekat dan kesejahteraan rakyat Sabah terus dibela dengan sokongan ini," kata mereka.


Kenyataan itu turut menyebut tentang perlunya kestabilan politik Sabah bagi merealisasikan perjuangan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi kesejahteraaan rakyat.


"Kami berasa amat kesal melihat Sabah sekali lagi berhadapan dengan kemelut politik yang sepatutnya tidak berlaku.


"Seharusnya fokus utama kita adalah memastikan matlamat perjuangan kita membantu rakyat dan membangun ekonomi serta bersama-sama berusaha untuk memastikan perjuangan MA63 direalisasikan selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh ADUN Api-Api, Datuk Christina Liew; ADUN Tanjung Papat, Datuk Poon Fung Ming; ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick; ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe, ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang; ADUN Likas, Tan Lee Fatt dan ADUN Inanam Peto Galim.


Semalam Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin mengumumkan pihaknya menarik balik sokongan terhadap Hajiji Mohd Noor sebagai ketua menteri Sabah, sekali gus menarik diri daripada kerajaan negeri.


Bung mendakwa Hajiji melanggar persefahaman politik dengan BN Sabah yang diadakan ketika memberikan sokongan terhadapnya


Hajiji dakwa Bung telah melanggar persefahamanapabila beliau mengeluarkan surat penamatan jawatan Salleh Keruak (salah seorang ADUN BN Sabah) selaku pengerusi Khazanah Nasional.

Hajiji juga katanya mengugut BN dengan membayangkan rombakan kabinet tanpa berbincang atau berunding bersama BN Sabah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page