top of page

PH ringankan 50% tugas guru, kerajaan PN kembalikan beban semasa PdPR- Dr Maszlee

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 3, 2021
  • 1 min read


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengembalikan beban guru dalam tugasan mengisi data murid-murid yang pernah diringankan oleh Kementerian Pendidikan ketika era Pakatan Harapan.


Menurut mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, tugas key in data telah dikurangkan sewaktu beliau di kementerian dan tidak benar kerajaan PH tidak mengkaji hal berkenaan ketika memerintah.


"Telah berlaku. Ini boleh kita lihat dalam laporan ahkbar dan ianya berlaku bermula 2019 hasil sesi libat urus kita bersama NUTP. Perwakilan guru sendiri


"Dalam tempoh dari bulan Jun hingga Disember, 16 kali kita bermesyuarat dengan mereka dan mereka bawa banyak cadangan, dan ia dilakukan.


"Sebab itu bermula 2019 kalau kita lihat cikgu-cikgu tak ada SKPMD II, dah tak ada lagi banyak laporan, hingga kedatangan pun tak ada kena tulis kat buku dan key in saja. Tak payah buku, terus key in data," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Dr Maszlee lagi, tugasan guru pada 2019 telah diringankan sebanyak 50% namun bebanan itu kembali semula pada era PN.


Malah bertambah buruk ketika pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


"Kita permudahkan banyak. Waktu itu 50% telah dimudahkan dalam laporan. Dalam buku saya Memori Bukan Memoir pun kita sebutkan juga usaha ringakan beban guru.


"Masalahnya bila saya tidak ada lagi di kementerian, datang semula segala benda-benda ini. Lebih malang lagi waktu PdPR, cikgu-cikgu sudah lah sibuk dengan PdPR, terpaksa uruskan murid dengannya tetapi dibebankan dengan pelaporan bertindan dan pelbagai.


"Jadi datang balik. Nasib baik diteruskan google class room. Kalau yang itu juga mereka mansuhkan dan balik semula kepada frog VLE itu, saya rasa cikgu-cikgu waktu PdPR mengalami kemurungan," katanya lagi.




Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page