Keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 telah pun diketahui, begitu juga jumlah undi popular yang diperolehi setiap parti.
Pakatan Harapan (PH) yang merupakan blok kuasa terbesar dengan mendapat 82 kerusi telah memperolehi undi popular terbanyak iaitu 5,810,429 undi.
Hal itu diikuti Perikatan Nasional yang mendapat 4,667,429 undi dan Barisan Nasional mendapat 3,433,298 undi.
Oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya First Past The Post (FPTP) yang tidak banyak negara masih menggunakannya maka jumlah bilangan kerusi tidak menggambarkan undi popular rakyat.
Di negara yang mengamalkan sistem pilihan raya Perwakilan Berkadar (Proportional Representation) parti yang mendapat undi popular paling tinggi akan membentuk kerajaan.
Terpulang kepada parti berkenaan untuk mencari sekutu sekiranya tidak melepasi nilai ambang kerusi parlimen yang disyaratkan. Sekiranya parti berkenaan gagal mencari sekutu maka parti kedua terkuat diberi peluang.
Dengan mendapat undi popular tertinggi juga menggambarkan perjuangan dan ideologi yang dibawa oleh PH adalah yang paling disetujui oleh rakyat sebagai dasar negara tanpa keraguan. Idea dari parti gabungan kemudiannya boleh diikut sertakan secara berpilih.
Bagaimanapun sistem FPTP menyebabkan berlaku ketidaktentuan dalam politik Malaysia selepas PRU 15. Diharapkan gejolak politik akan segera diselesaikan dengan melantik kerajaan yang stabil selepas ini.
Comments