top of page

PH puas hati perbincangan bersama BN wujudkan kerajaan stabil



Pakatan Harapan (PH) berpuas hati dengan perbincangan bersama pemimpin BN hari ini di Kuala Lumpur bertujuan untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.


Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibtahim, perbincangan kedua dua belah pihak pagi tadi dianggap membina.


"Kita telah adakan beberapa perbincangan khususnya dengan perwakilan BN yang telah menetapkan 7 orang untuk berunding.


"Isu dasar kita tumpukan dan saya puas hati. Perbincangan itu lebih kepada keperluan untuk mewujudkan satu kerajaan yang stabil. Yang inklusif menjaga semua kepentingan rakyat di negara ini


"Kemudian kita menetapkan beberapa keutamaan dalam dasar pemerintahan terutama dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan," katanya dalam sidang media di Hotel Seri Pasific pagi tadi.


Bagaimanapun, katanya pihak BN meminta tangguhan waktu untuk membuat keputusan kerana mereka akan berbincang dengan pihak pihak lain untuk isu yang sama.


"Saya sangat berpuas hati dengan perkembangan ini dan komitmen ditunjukkan. Walaupun dari segi muktamatnya BN memohon sedikit waktu kerana mereka nak meneruskan perundingan dengan semua pihak yang memohon nak berunding dengan mereka," katanya lagi.


Terdahulu Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan menangguhkan tempoh untuk pihak pihak yang mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan menghadap Yang di-Pertuan Agong yang dijadual pada pukul 2.00 petang ini ke jam 2.00 petang esok.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page