top of page

PH perlu lebih banyak menjawab - Aminuddin



Kempen KEADILAN yang akan bermula pada minggu hadapan selepas penamaan calon perlu digerakkan dalam mood menjawab tohmahan.


Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.


Menurut beliau, KEADILAN tidak seharus mengambil mudah serangan PN kerana banyak pengundi biasa yang tidak faham isu terpengaruh dengan dakyah mereka.


"Kita tidak harus mengambil mudah serangan PN kepada kita.


"Kita harus jawab. Hari ini apa kita lihat kita kurang menjawab. Kita duduk diam dan inilah yang menjadi masalah


"Saya berharap dalam tempoh kempen ini seluruh jentera parti digerakkan bersungguh sungguh," katanya.


Sambil menjelaskan hubungan di antara PH dan BN amat baik di Negeri Sembilan. Namun begitu kita berharap kedua dua parti perlu ada kesunguhan untuk memastikan kemenangan besar Perpaduan di Negeri Sembilan


Bagi yang tidak dicalonkan, Aminuddin berkata, KEADILAN mempunyai tempat yang terhad dan pimpinan tersebut boleh mencuba pada pilihanraya akan datang.


Namun pada pilihanraya kali ini, katanya, semua kekuatan perlu digembleng untuk menghadapi kemaraan PN.


"Ramai ahli yang menawarkan diri bertanding tetapi tidak semua mampu kita layan. Kita hanya ada beberapa tempat sahaja.


"Di Negeri Sembilan ada 6 DUN sahaja. Maka yang terpilih ini haruslah dipastikan bekerja bersungguh sungguh. kita kena yakin perlu bekerja lebih kuat dari sekarang," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page