top of page

PH perlu calon muda, idea baharu untuk menang PRU 15



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mungkin diadakan secara mengejut pada tahun ini.


Ramalan yang dibuat oleh pelbagai agensi tinjauan pendapat menunjukkan Pakatan Harapan (PH) sukar menang kerana kesan pandemik Covid 19 telah berjaya ditangani dengan baik oleh Keajaan Perikatan Nasional (PN) dan dalam masa sama kesan kemerosotan ekonomi belum begitu parah dengan kadar pengangguran masih di bawah 1 juta orang.


Namun bagi Pengarah Strategi AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, PH masih berpotensi untuk menang sekiranya memilih untuk menawarkan calon muda yang bersih dan berbakat kepada pengundi.


Katanya, jika calon berkualiti seperti Rafizi Ramli atau Nurul Izzah Anwar diketengahkan berdepan calon Perikatan Nasional (PN) yang penuh skandal, tidak mustahil rakyat akan memilih PH sekali lagi untuk diberi mandat.


Begitu juga, kata Dr Dzul, PH harus menawarkan penyelesaian jangka panjang masalah ekonomi yang gagal dilakukan PN dalam 3 pakej ransangan yang dibentangkan sejak Mac lalu.


"Dengan ahli-ahli parti yang muda, inovatif serta berkebolehan dan mempunyai idea baru untuk membawa negara maju ke depan, peluang untuk PH mencapai kejayaan dalam PRU15 memang ada, walaupun pendapat pakar-pakar politik (penganalisis) terhadap peluang PH kurang mengalakkan.


"Saya percaya jika Parlimen dibubarkan secara mengejut, PH akan berjaya menghadapi cabaran PRU. Kita telah menang dalam tahun 2018 dan tidak mustahil untuk kita menang sekali lagi.


"Yang perlu ialah perlaksanaan idea baharu mengatasi cabaran ekonomi pada zaman yang tidak menentu ini dan para pemimpin muda kita mesti dilihat mampu melakukan yang terbaik buat masa depan rakyat dan negara," katanya dipetik.


Bekas Menteri Kesihatan itu berpendapat suasana Covid 19 bukan dari segenap sudut memberi kelebihan kepada PN. Menurutnya, terdapat juga sisi gelap kurang ketelusan pengagihan bantuan yang menyebabkan rakyat tidak berpuas hati.


Dalam pada itu, kata Dr Dzul, amat penting kepada PH pada waktu ini memaparkan imej perpaduan di kalangan komponen bagi meyakinkan rakyat bahawa PH lebih stabil berbanding PN.


"Apa yang penting bantuan mesti dihulurkan kepada orang ramai terutamanya golongan miskin yang telah hilang mata pencarian. Rakyat amat dihimpit oleh tekanan hidup dan oleh itu jika terdapat pergelutan kuasa di antara pemimpin-pemimpin di mana-mana pihak, biar pun pihak kerajaan ataupun pembangkang, ia pasti akan mengundang kemarahan rakyat," katanya lagi.


Oleh yang demikian, Dr Dzul berpendapat PRU ke 15 sebaik-baiknya diadakan pada 2023. Hal itu juga tentunya dalam pertimbangan Perdana Menteri (PM) Muhyididn Yassin yang melihat ketidakupayaan parti beliau menempuh PRU tanpa pembahagian kerusi yang menguntungkan atau jentera Bersatu yang masih goyah di peringkat akar umbi.


"Saya secara peribadi berpendapat PRU15 hanya sesuai diadakan pada tahun 2023 iaitu genap 5 tahun selepas PRU14.


"Ini kerana PM Tan Sri Muhyiddin tentu tidak mahu berdepan dengan risiko kekalahan pada masa ini, sedangkan kedudukan beliau sebagai PM (semasa) adalah kukuh dan stabil.


"Justeru, tidak perlu untuk beliau menjejaskan kedudukan dengan pembubaran Parlimen sehingga tahun 2023," katanya.


Untuk rekod, Umno mahu PRU 15 disegerakan memandangkan keadaan ekonomi akan lebih buruk pada tahun 2021 berikutan kemelesetan ekonomi global.


Melambat-lambatkan PRU menurut mereka akan memberi peluang KEADILAN menyusun semula barisan kepimpinan selepas terjejas akibat Langah Sheraton.


Malah situasi dalam Bersatu juga semakin tidak stabil apabila bekas PM Tun Mahathir membentuk parti baharu dan memancing ahli-ahli Bersatu Muhyiddin berhijrah.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page