top of page

PH perlu ambil kira sentimen pengundi Atas Pagar - Hisomudin Bakar

Updated: Jan 28, 2022



Pakatan Harapan (PH) perlu memikirkan kelompok utama penyokong mereka yang merupakan pengundi Atas Pagar dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Februari ini.


Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, berbanding Umno yang mempunyai kelompok undi teras yang banyak, PH lebih memerlukan sokongan Atas Pagar untuk menang.


"Kebimbangan kami ialah kelelahan pengundi yang melihat pergaduhan parti politik terkesan kepada Atas Pagar, anak muda rasional. Sekiranya mereka ini tidak ambil bahagian maka menguntungkan parti yang ada undi teras. Walaupun di Melaka tidak ada pertambahan banyak undi (kepada BN).


"Skala besarnya, pengundi Atas Pagar ini beralih dari menyokong PH ke PN. Pengundi ini tidak membaca kerusi Pas atau Bersatu mereka nampak PN solid," katanya dalam forum anjuran Studio Keadilan, malam tadi.


Menurut beliau lagi, PH tidak perlu terlalu melihat undi popular atau berbangga dengannya. Sebaliknya, perlu merancang kemenangan di satu satu kawasan kerana Malaysia menggunakan sistem pilihan raya First Past The Post.


"Sistem di Malaysia, PH selalu terbuai undi popular. BN tak kisah undi popular. Populariti di media sosial misalnya untuk mengukur (sokongan), tetapi apabila datang suasana sebenar, (kemenangan ditentukan melalui) First Past The Post," ujarnya.


Mengenai sokongan Melayu, Hisomuddin berkata perlu dikenalpasti sokongan Melayu mana yang diperlukan PH kerana kaum itu telah dibuai retorik berhaluan kanan yang amat rasis oleh Umno dan Pas ketika PH memerintah dahulu.


"Melayu mana sasaran naratif PH. PH berurusan dengan pengundi yang memilih secara rasional. Majoriti pengundi bandar adalah rasional.


"Pengundi Atas Pagar ini mengikut hayunan, mempunyai banyak angkubah yang mereka nilai, isu apa yang diangkat. PH terutama KEADILAN berdiri atas isu.


"Oleh itu, bergatung apa sebenarnya isu yang diangkat oleh KEADILAN mendepani PRN Johor," katanya.


Dalam pada itu beliau juga memberi amaran, sekiranya PH tidak mempunyai naratif yang mampu mengeluarkan pengundi dalam jumlah signifikan pada hari mengundi maka separuh DUN yang dimenangi PH pada PRU 14 lalu akan terlepas.


"Kawasan Johor ini kalau mood dan sentimen berterusan seperti Melaka dan Sarawak saya membayangkan ini memberikan cabaran hebat kepada PH untuk mengekalkan potensi 27 kerusi.


"Saya mengenal pasti terdapat 12 DUN marginal yang menang di bawah 5,000 undi dan dalam paras peratus keluar mengundi 60% - 65% maka 12 DUN ini akan jatuh," katanya lagi.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page