top of page

KEADILAN, NGO serah memorandum ke Kedutaan AS, tuntut bebas sukarelawan GSF

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 2
  • 2 min read

Ketua AMK Pusat, Kamil Munim berucap dihadapan Kedutaan AS meminta sukarelawan GSF dibebaskan
Ketua AMK Pusat, Kamil Munim berucap dihadapan Kedutaan AS meminta sukarelawan GSF dibebaskan

Oleh: Akmal Manaf


Penahanan secara haram oleh tentera laut rejim Israel ke atas misi pelayaran bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) pagi tadi membangkitkan himpunan bantahan dan menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim yang hadir pada himpunan berkenaan menggesa semua pihak tanpa mengira fahaman politik, agama dan warna kulit agar terus bersolidariti dalam isu Palestin, terutamanya melibatkan sukarelawan kapal GSF yang kini sebahagiannya ditahan tentera Israel.


Beliau berkata, satu memorandum diserahkan kepada pihak Kedutaan Amerika Syarikat hari ini sebagai bantahan dan menuntut beberapa perkara berbangkit.


"Pertama, kita tuntut pembebasan segera bukan sekadar rakyat Malaysia, tetapi seluruh sukarelawan yang turun ke Gaza untuk menyampaikan sumbangan mereka.


"Seterusnya kita menuntut Kerajaan AS untuk menggunakan pengaruhnya ke atas Israel supaya membenarkan kapal bantuan atau Global Sumud Flotilla untuk masuk ke perairan Gaza dan menyerahkan bantuan kepada penduduk di sana," katanya ketika berucap pada Himpunan Sumud Flotilla.


Himpunan yang bermula jam 4 petang itu mengumpulkan peserta di hadapan pusat beli-belah The Linc KL, di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


Selain itu Muhammad Kamil berkata, memorandum itu juga menuntut agar cadangan pembangunan semula Gaza yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat(AS) Donald Trump dirombak dan disemak semula kerana tidak mengutamakan hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka.


Tegas beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, masa depan rakyat Palestin seharusnya ditentukan oleh penduduk Gaza sendiri, bukannya oleh AS, United Kingdom (UK) atau Israel.


Antara ahli politik yang kelihatan dalam himpunan untuk menyerahkan memorandum bantahan itu ialah Timbalan Ketua AMK Pusat, Muhammad Izuan Ahmad Kasim; ADUN Sentosa, Dr Gunaraj George dan Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Dr Maszlee Malik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page