top of page

PH Negeri Sembilan umum manifesto malam ini

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 20
1 min read

Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bakal diumumkan malam ini.


Ketua Pengarah Bilik Gerakan PH Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Zaki Md Sabri berkata, manifesto itu telah diperincikan secara holistik oleh kepimpinan tertinggi parti demi memastikan impak ekonomi dan sosial yang mampan kepada rakyat dapat direalisasikan.


Ia bakal menumpukan pada aspek kesinambungan pembangunan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat negeri tersebut sejak PH menerajui kerajaan negeri pada 2018.


"Manifesto akan memberi penekanan terhadap kesinambungan kejayaan serta kemajuan negeri ini seperti yang dijanjikan.

"InsyaAllah, Sekretariat PH akan memaklumkan perincian mengenai lokasi dan kehadiran pimpinan," katanya dipetik laporan media.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh pengundian manakala undi awal pada 28 Julai.


Sebanyak 889,490 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN kali ini merangkumi 867,151 pengundi biasa, 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis.


Sementara itu sebagai mengulas perjalanan kempen setakat ini Muhammad Zaki berkata, beliau berpuas hati dengan kelancaran operasi logistik serta sokongan positif pengundi kepada calon PH.


Dalam masa sama beliau berharap semua parti yang bertanding dapat mengekalkan momentum kempen yang sihat dan bersih daripada provokasi melampau serta mengelak daripada menyentuh sensitiviti berkaitan institusi diraja, agama dan kaum (3R).

2 Comments


Roman Raez
Roman Raez
6 days ago

The information shared here is useful for people who are learning about router administration. A search for 192.168.o.1.1 may lead users to related router-login information, although address formatting matters. Understanding common address variations can help users identify the correct way to access network settings.

Like

Kari Maru
Aug 04

With gameplay mechanics that are easy to learn but difficult to master, Snow Rider always creates a noticeable sense of progress after each practice session, making every new record something to be proud of.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page