top of page

PH namakan Anwar Ketua Pembangkang - Saifuddin


Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Ketua Pembangkang yang baharu di Dewan Rakyat. Menurut Saifuddin, Majlis Presiden PH telah bermesyuarat pada 21 Mac dan 26 April lalu yang antara lain membincangkan isu jawatan Ketua Pembangkang. Katanya, secara kelaziman, jawatan Ketua Pembangkang diberi keutamaan kepada parti di dalam blok pembangkang yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai. Pada masa sama, pemilihan Ketua Pembangkang dilakukan dengan mengambil kira pandangan kesemua Ahli Parlimen blok pembangkang.

"Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai memaklumkan kepada Majlis Presiden PH tidak akan menjawat jawatan Ketua Pembangkang. "Oleh itu, Majlis Presiden bersetuju menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson sebagai Ketua Pembangkang baharu. Perkara ini juga dimaklumkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Langkawi dan Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Semporna," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, menurut Saifuddin lagi, surat serahan tangan telah dihantar kepada pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Isnin, 4 Mei lalu. Satu lagi surat serahan tangan dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Parlimen dan Undang-Undang pada Khamis, 7 Mei.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page