top of page

PH mulakan rundingan kerusi, tidak tolak kerjasama dengan mana-mana pihak

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 8, 2021
  • 1 min read


Pakatan Harapan memulakan rundingan kerusi di antara ketiga-tiga parti komponen.


Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim rundingan kerusi diutamakan dalam kalangan parti komponen PH, namun mengambil kira juga parti rakan yang lain.


"Majlis Presiden PH telah putuskan beberapa perkara. Pertama, jentera pilihan raya perlu dimulakan, kerjasama dalam hal penerangan dan strategi kempen.


"Kedua, memulakan rundingan kerusi melibatkan parti komponen PH terutamanya, dan juga mengambil kira peruntukan untuk parti rakan yang lain.


"Termasuk juga cadangan dari presiden parti UPKO Madius (Wilfred Madius Tangau) yang mana kami telah merundingkan, namun pada tahap ini (keutamaan adalah) untuk melantik seorang jurucakap," katanya dalam sidang media pagi tadi.


Persediaan pilihan raya menjadi perbincangan hangat sejak beberapa minggu ini selepas ketegangan hubungan antara Umno-BN dan Bersatu yang memungkinkan Parlimen dibubar sebagai jalan penyelesaian.


KEADILAN pula telah memulakan persiapan dalaman dengan menganjurkan siri perbincangan kepimpinan peringkat negeri ke arah memantapkan jentera pilihan raya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page