top of page

PH mampu cipta kejutan di kubu tradisi UMNO - Akak Kapal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 6
  • 1 min read
Soraya gigih berkempen di kawasan luar bandar yang sebeum ini menjadi kubu UMNO-BN. Foto: FB Soraya
Soraya gigih berkempen di kawasan luar bandar yang sebeum ini menjadi kubu UMNO-BN. Foto: FB Soraya

Pakatan Harapan (PH) mampu mencipta kejutan di kerusi yang sekian lama dianggap sebagai kubu tradisi UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.


Calon PH bagi DUN N.16 Sungai Balang, Ayna Soraya Badaruddin berkata, keyakinan itu didorong sambutan positif sepanjang tempoh berkempen, khususnya daripada golongan muda yang semakin terbuka menerima tawaran politik baharu.


"Sambutan luar biasa, khususnya daripada golongan muda, malah turut melibatkan pengundi yang lebih berusia. InsyaAllah kemenangan itu semakin hampir," katanya dipetik laporan FMT.


Ayna Soraya yang lebih dikenali sebagai ‘Akak Kapal’ bagaimanapun tidak mahu merasa selesa dengan sokongan tersebut. Beliau mengingatkan seluruh jentera PH agar terus menggandakan usaha sehingga hari pengundian pada 11 Julai ini.


"Macam-macam boleh berlaku. Kita perlu kekalkan momentum dan jangan sesekali rasa selamat," kata Graduan kejuruteraan maritim dari University of Southampton itu.


Ayna Soraya sebelum ini menyatakan tekad memanfaatkan kelulusannya dalam kejuruteraan maritim untuk membantu memajukan sektor perikanan, antara nadi ekonomi penduduk kawasan itu.


Kawasan seperti Parit Jawa dan Pantai Leka jelasnya mempunyai potensi besar, namun memerlukan pembangunan lebih tersusun dan kemudahan yang lebih baik untuk merealisasikannya.


Selain menumpukan isu perikanan di Sungai Balang, beliau turut berhasrat memperluaskan peluang pekerjaan, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta sokongan ekonomi digital supaya golongan belia tempatan tidak perlu berhijrah jauh semata-mata untuk mencari masa depan lebih baik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page