top of page

PH mahu rakyat DUN Tanjong Mas buat perubahan



DUN Tanjung Mas, parlimen Kota Bharu telah dipimpin oleh wakil rakyat dari Pas sejak Pilihan Raya Umum 1990an.


Malah wakil rakyat ketika ini, Rohani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Kak Ani telah bertapak di situ sejak 4 penggal lalu pada PRU 2004.


Bagi Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Tanjong Mas, Zinda Khalil Sastro Hassan, tibalah masanya para pengundi DUN berkenaan membuat perubahan kali ini dengan melantik muka baharu memimpin kawasan mereka.


Apatah lagi, katanya, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa pembangunan besar besaran ke negeri Serambi Mekah itu dan amat merugikan sekiranya Tanjong Mas masih diwakili pemimpin Pas.


"Penyandang sekarang sudah 4 penggal orang yang sama.


"Kita harap rakyat nak buat perubahan kali ini. Orang yang sama kalau memang juga jadi 5 penggal.


"Tetapi kita tengok dia menang 4 penggal pun tak ada apa perubahan (kepada rakyat)," kata Zinda Khalis kepada Suara Keadilan.


Mengenai kerjasama Perpaduan di peringkat akar umbi, biar pun PH dan BN Kelantan baharu memulakan gerak kerja bersama, tegas Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan itu, sokongan yang ditunjukkan adalah baik dan jentera kedua dua parti kelihatan mesra.


Beliau memberi contoh pada hari penamaan calon lalu, yang mana hasil gabungan kedua dua parti berjaya mengumpul 3,000 penyokong dan hal itu merupakan satu rekod awal.


"Ini satu tanda kerjasama yang erat. Juga ada wakil dari parti (Perpaduan) Sarawak yang hadir (tolong kempen). Sambutan akar umbi (PH - BN) pula tak ada masalah dan gabungan memang kita puas hati dengan kerjasama.


"Hari penamaan calon kita berarak di Kota Bharu boleh lawan Pas, lebih kurang 3,000 - 4,000 penyokong," katanya lagi.


Bagaimanapun, Zinda Khalil berharap jentera PH dan BN akan bekerja keras di DUN Tanjong Mas kerana katanya kedudukan DUN itu yang merupakan kubu kuat Pas sejak sekian lama.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page