
Sukarelawan Pakatan Harapan (PH) Kluang bergotong-royong membersihkan beberapa rumah yang telah dilanda banjir.
Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Kluang, Jaafar Matek, kerja-kerja pembersihan rumah penduduk di Kampung Bentong Dalam itu dilakukan bersama-sama wakil rakyat kawasan berkenaan.
"Penduduk Kampung Bentong Dalam, Kluang yang mengalami bencana banjir agak teruk sebelum ini mengambil kesempatan membersihkan kediaman setelah air surut. Penduduk pulang bagi membersihkan rumah yang agak teruk dilanda banjir selama beberapa hari.
"KEADILAN Kluang bersama-sama PH Kluang bergotong royong membersihkan rumah mangsa banjir tersebut, turut bersama-sama adalah YB Mohamad Said Jonit, ADUN Mahkota dan para sukarelawan," katanya.
Comments