top of page

PH kekurangan undi Cina, India, anak muda

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 6, 2024
  • 1 min read

ree

Ketinggalan dengan lebih 3,000 undi secara tidak rasmi di Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Bakap berlaku akibat kekurangan undi daripada kaum Cina dan India.


Mengikut statistik tidak rasmi peratusan keluar mengundi kaum Cina dan India agak rendah berbanding Pilihan raya negeri 2023 lalu.


Masyarakat cina hanya 47% membuang undi manakala India 58%.


Dalam pilihan raya umum atau negeri kedua dua kaum itu kebiasaanya mencatat peratusan 70% dan ke atas.


Manakala jumlah undi anak muda Melayu yang tinggi kepada PN membuktikan mereka masih tidak kurang emosi sebagaimana PRN lalu.


Setakat pukul 8.00 malam, 62 daripada 66 saluran telah dikira kertas undi dan calon Pakatan Harapan Cikgu Joohari Ariffin ketinggalan kira kira 3,500 undi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page